Kelas Microsoft Office – Publisher

7 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Publisher.

Peserta yang hadir telah membuka Publisher dimana mereka diterangkan dengan alatan-alatan yang terdapat dalam Publisher. Untuk kelas kali ini, mereka digalakkan untuk mencipta kad ucapan Selamat Hari Natal menggunakan template kad ucapan iaitu 4 bahagian kertas bersaiz A4. Peserta diberi pilihan untuk memilih template yang digemari berdasarkan minat dan kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali